MEMPAHIT & HABBATUS SAUDA PENAWAR KENCING MANIS, DARAH TINGGI, SAKIT JANTUNG, DEMAM JANGKITAN DENGGI, ANTI KANSER, GHAUT, DISENTERI DAN LAIN-LAIN.
Bumi Malaysia kaya dengan beraneka jenis tumbuhan dan herba yang bernilai tinggi pada manusia. Kebanyakan daripada tumbuh-tumbuhan liar itu mempunyai banyak kegunaan untuk menjaga kesihatan.
Ada yang dimakan sebagai ulam-ulaman dan tidak kurang yang dijadikan ubat-ubatan bagi mengubati pelbagai jenis penyakit. Antaranya termasuklah sejenis tumbuhan liar dikenali sebagai mempahit atau disebut juga Meladapahit, Vernakular atau nama saintifiknya ( botani ) adalah Brucea Amarissina merupakan tumbuhan yang berasal dari keluarga Simaroubaceae dan banyak tumbuh terutamanya di India, China, Thailand, Australia. Biasanya tumbuh dalam hutan sekunder, belukar dan tanah terbuka.
Pokok renek ini matang serta berbunga apabila ia mencapai ketinggian sehingga 1 meter. Rantingnya dan daun pula mempunyai bulu halus dan lembut. Pokok Meladapahit turut mempunyai buah, Buahnya adalah adalah jenis beri danberwarna hijau semasa muda. Buah ini akan bertukar kepada warna hitam keungu-unguan setelah masak. walapun telah masak tetapi isi buah tetap berwarna hijau.
Semua bahagian pada pokok ini pahit.Tetapi bahagian yang paling pahit ialah biji dan diikuti akar. Biji pokok meladapahit mempunyai 50% minyak tetap. Isi biji mengandungi Yatanin dan Yatanosid. Kandungan lain ialah Brucamarin, Brusealin, Brutasol, Bruseantin, Bruseajavanin, Glukosa dan Kosamin.
Setiap bahagian pokok meladapahit ini mempunyai khasiatnya tersendiri.
Daunnya dikatakan mempunyai khasiat digunakan sebagai ubat pupuk untuk merawat limpa bengkak, bisul, disengat lipan, kulit kasar dan gatal-gatal disebabkan parasit, kurap malaria dan sakit pada sisi badan.
Biji dikatakan mampu merawat penyakit buasir, disenteri, pelawasan pembuangan, dan penawar untuk mengubati pelbagai penyakit antaranya tekanan darah dinggi, kencing manis, sakit jantung, ghaut, kalesterol dalam badan, melancarkan aliran darah dalam badan dengan kepahitannya dapat mencairkan darah, menambah tenaga dalaman badandan sesuai untuk semua golongan kerana mengandungi antioksidan yang sangat berkesan untuk menghapuskan radikal bebas dalam badan.
Habbatus Sauda ( Nigella Sativa ) mempunyai khasiat semula jadi yang mampu menyembuhkan pelbagai penyakit. Menurut periwayat hatith terkenal Abu Hurairah (r.a) Nabi Muhammad s.a.w. pernah berpesan agar Habbatus Sauda digunakan sebagai penawar pelbagai penyakit kecuali maut. Bahan aktif yang terkandung dalam Habbatus Sauda ialah jenis alkaloid yang terlalu banyak khasiatnya. Kajian MARDI mendapati penggunaan HB dalam makanan memberi kesan yang cukup berkhasiat.